Dating gombak puaka balai online always

Tuesday, December 12, 2017 by Sungo

Tempat Makan Menarik dan Best di Selangor

by eyriqazz98 Comments

Restoran ini yang terletak di Bagan Lalang, antara tempat terbaik untuk menikmati hidangan makanan laut dengan harga yang berpatutan, pemandangan matahari terbenam yang cantik , dan rasanya yang memang sedap dan menggiurkan. Antara lokasi terbaik untuk menikmati ikan bakar/seafood di Selangor.
Kekurangan : Lokasi yang agak jauh dari KL. Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Setapak/Wangsa Maju.
Hidangan Mee kari, mee sup ala ketam dan udang galah sememangnya sedap dan menyelerakan. Harganya pun agak murah dan berpatutan. Highly recommended.
Kekurangan : Restoran tak besar dan sentiasa penuh. So, bawa-bawa bersabar kalau hidangan agak lewat sikit sampai.
Baru sekali terjah. Hidangan ala Pantai Timur, Terengganu. Pemiliknya salah seorang blogger popular, Tey Cindy . Kalau nak menikmati keropok lekor etc, bolehla singgahi Restoran ini.
Kekurangan : Jauh juga dengan rumah eyriqazz.
Pernah keluar jalan-jalan cari makan TV3. Tomyamnya sedap dan tempatnya pun agak santai. Bawa Isteri time birthday dia last year.
Kekurangan : Harga agak mahal especially ikan bakar dan sotong bakar. Tepuk dada, tanya selera.
Menyediakan masakan ala-ala Thai dan Melayu, tempatnya agak tersorok dengan view mengadap Tasik kecil. Harganya “medium” mahal. Tapi rasanya memang menepati citarasa kami seisi keluarga.
Kekurangan : Lokasinya yang agak tersorok dan sunyi.
One of tempat dengan suasana yang agak menarik dan best. Parking pun banyak. View memang cantik. Boleh pilih nak duduk bersila (4 or lebih) atau duduk. Rasanya memang sedap.
Kekurangan : Serius harga sangat mahal…
Lokasi yang agak romantik dapat melihat pemandangan sekitar KL, menara KLCC etc. Makanannya bolehla tahan juga. Harga “medium mahal” .On a special occasion, memang best bawa orang tersayang ke sini.
Kekurangan : Portion agak besar. Dengar cerita sekarang ini restoran ini ditutup coz of legal tussle with Majlis Perbandaran Kajang. Tak silap saya coz isu sewa yang dinaikkan dengan agak melampau dari RM20K to RM80K (Sumber : Pekerja Haven Restoran)
Marvellous,marvellous. Meatballnya memang terbaiiikkkk……
Antara sate yang paling sedap pernah saya rasa . Jauh lebih sedap dari Sate Kajang. Cuma sambal dia rasanya sate kajang lebih sedap. Hargapun murah, lebih kurang RM0.70 secucuk.
Kekurangan : Lokasinya yang agak jauh dan takde cawangan sekitar KL.
Oh ya, untuk alamat, no. telefon dan contact details , lingkungan harga restoran di atas, bolehla klik linknya. Any recommendation/cadangan restoran /tempat makan lain yang menarik dan sedap sekitar selangor, bolehla komen di sini. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang bolehla terjahi nanti dan reviewkan di blog ini.Jika mencari tempat penginapan yang sesuai di Selangor pula, saya syorkan menempah melalui Agoda.comkerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut untuk dijadikan rujukan memilih hotel yang kena dengan citarasa.
Saya kongsi-kongsikan di Sini Tempat Makan Menarik dan Best di Selangor melalui pengalaman saya terjahi tempat-tempat ini. Special thanks to AriffShah rekomenkan idea untuk entri ini :

Filed Under: foodTagged With: ikan bakar kuala selangor, jalan-jalan cari makan tv3 selangor, kedai makan sedap sekitar sunway, makan di kuala selangor, makanan sedap di shah alam, restoran menarik di petaling jaya, tempat ikan bakar di selangor, tempat makan best di shah alam, tempat makan best selangor, tempat makan menarik, tempat makan menarik selangor, tempat makan pilihan, tempat makan sedap, tempat menarik makan di shah alam, tempat menarik untuk celebrate birthday, tempat paling best makan malam di shah alam

http://www.eyriqazz.com/2012/02/tempat-makan-menarik-dan-best-di-selangor.html